suria

Pelajar veterinar berbogel untuk hasilkan kalender amal

Sekurang-kurangnya 50 pelajar veterinar terlibat menghasilkan kalendar amal tersebut. Foto: Pen News

SEKUMPULAN pelajar veterinar yang terdiri daripada sekurang-kurangnya 50 orang sanggup berbogel dalam penghasilan kalendar amal untuk tahun 2019.

Pelajar-pelajar berkenaan merupakan pelajar jurusan veterinar tahun tiga di Universiti Massey di New Zealand.

Mereka sanggup menahan kesejukan demi gambar yang sempurna.

Menerusi gambar-gambar yang dikongsikan di internet, pelajar-pelajar berkenaan bergambar dengan berlatarkan alam hijau dan disertai dengan haiwan seperti anjing dan keldai.

Caitlin White, yang merupakan penyelaras bagi penghasilan kalendar itu berkata, penggambaran kali ini memberi banyak cabaran untuk kumpulan itu.

"Penggambaran itu sendiri memenatkan, cuba menyelaraskan orang yang berbogel bersama haiwan dan dalam masa yang sama segala-galanya dilindungi.

"Ditambah penggambaran berlaku sepanjang musim sejuk dan awal musim bunga jadi cuaca tidak menentu.

"Secara tepat, keseluruhan penggambaran dilakukan dalam cuaca pada suhu kira-kira 9˚C.

"Ia adalah satu cara yang menyeronokkan dan progresif untuk mengekspresikan diri semasa mencipta sesuatu yang mengagumkan untuk kegiatan amal dan pengumpulan dana," katanya. - Dailystar

Artikel Lain