suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ahli terapi ambil kesempatan lakukan seks ketika jaga remaja autism bawah umur

Victoria West didakwa melakukan hubungan seks dengan seorang remaja lelaki autism yang berusia 17 tahun di bawah jagaannya. Foto: Joplin PD

SEORANG ahli terapi tergamak melakukan hubungan seks dengan seorang remaja lelaki autism yang berusia 17 tahun di bawah jagaannya.

Victoria West, 28, dilaporkan mengambil kesempatan terhadap remaja tersebut beberapa kali pada bulan lalu ketika bekerja di Leffen Center for Autisme di Joplin, Missouri.

West didakwa pada Jumaat, dan dengan perlakuan tersebut, dia dikatakan telah ditendang dari pusat jagaan yang menawarkan rawatan dan perkhidmatan pendidikan untuk individu yang mengalami gangguan spektrum autistik.

Polis tempatan dimaklumkan tentang perlakuan wanita itu pada 4 Disember lalu.

West kini sedang menjalani tahanan di dalam rumah dan dihalang daripada berhubungan dengan sesiapa yang berada di bawah umur 18 tahun.

Tarikh West dibicarakan di mahkamah masih belum ditetapkan.- Metro.co.uk

Artikel Lain