suria

Murid terkejut guru pakai sut anatomi dalam kelas

Seorang guru membuat kejutab memakai sut organ dalaman di dalam kelas. Foto mikemoratinos/Twitter

SEORANG guru bertindak luar biasa untuk membantu pelajar-pelajarnya memahami pengajarannya semasa kelas anatomi.

Veronica Duque yang berpengalaman mengajar selama 15 tahun berpakaian sut lengkap yang menunjukkan kedudukan organ dalaman badan.

Tindakan tersebut dilakukan selepas mendapati pelajar-pelajarnya mengalami masalah untuk memahami konsep anatomi.

Suami kepada guru berkenaan memuatnaik gambar-gambar isterinya sedang mengajar kanak-kanak berusia lapan dan sembilan tahun di laman sosial Twitter.

"Hari ini dia menjelaskan tentang anatomi manusia kepada pelajar-pelajarnya dalam cara yang paling asli.

"Dan kanak-kanak terkejut. Veronica terbaik!" menurut tulisan suaminya dalam bahasa Sepanyol.

Inisiatif Veronica itu meraih banyak pujian dalam kalangan netizen yang menyifatkan ia sebagai kreatif.

Veronica mengajar sains, seni, bahasa Inggeris dan Sepanyol.

Bercakap kepada Bored Panda, dia menemui sut itu di internet dan memikirkan untuk mencubanya.

Dia dikenali sebagai guru yang sering membuat kejutan kepada pelajar-pelajarnya untuk menghidupkan sesuatu dalam sesi pengajaran. - Mirror 


anatomi, organ, guru

Artikel Lain