suria

Pereka fesyen Emanuel Ungaro meninggal dunia pada usia 86 tahun

Ungaro merupakan pereka fesyen terkenal Perancis. FOTO: Philippe Wojazer/Reuters

SATU kehilangan besar dalam industri fesyen dunia.

Begitulah yang dapat disimpulkan mengenai kematian pereka terkenal Perancis, Emanuel Ungaro.

Ungaro dilaporkan meninggal dunia di Paris pada usia 86 tahun.

Perkara itu disahkan menerusi laman Instagram rasminya pada Ahad.

Mengasaskan jenama sendiri pada 1965, dia bagaimanapun menjual perniagaan itu kepada Asim Abdullah pada 2004.

"Sehingga pemergiannya daripada jenama fesyen itu pada 2004, Ungaro memacu rangkaian fesyen itu pada setiap musim dengan koleksi baharu.

"Dia mengingatkan wanita bahawa ada kuasa godaan menerusi rekaannya yang kaya dengan perincian hiasan," tulis laman web rasmi jenama itu. - Edition CNN.

Emanuel Ungaro, fesyen, pereka fesyen

Artikel Lain