suria

Guru wanita sudah berkahwin dibuang kerja gara-gara rakam video lucah dengan murid 15 tahun

Guru bahasa Inggeris dari Doral, Florida itu sudahpun ditahan untuk membantu siasatan.

SEORANG guru wanita yang sudah berkahwin membuat rakaman video lucah bersama anak muridnya yang berusia 15 tahun.

Desiree Cartin Rodriguez, 27, berkata, dia tidak tahu wujudnya undang-undang yang melarang perbuatan itu.

Guru bahasa Inggeris dari Doral, Florida itu sudahpun ditahan untuk membantu siasatan.

Dia juga sudah dipecat khidmatnya di Akademi Sekolah Persediaan Doral.

Menurut laporan, aksi tidak bermoral guru itu dengan murid lelakinya berlaku dalam bilik darjah selepas berakhirnya waktu persekolahan sebelum ia berlanjutan di lokasi lain

Malah, mereka turut melakukan aksi sama di dalam kereta.

Menurut jurucakap polis, video itu dirakam oleh murid lelaki berkenaan dan ia disedari guru tersebut.

"Ia bukannya kamera tersembunyi. Guru wanita itu sedar mengenainya," ujar jurucakap berkenaan.

Hubungan terlarang dua individu itu dikatakan berputik pada Ogos lalu.- Daily Star.

Artikel Lain