suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gara-gara rambut pokok Krismas, pelajar diberi kata dua

Poppy menggayakan rambut pokok Krismas menggunakan botol. Foto MEN

GURU di sebuah sekolah didakwa bersikap keterlaluan selepas seorang pelajar disuruh pulang ke rumah kerana gaya rambutnya.

Poppy Leigh, 13, merasai sambutan Hari Krismas pada minggu terakhirnya di sekolah sebelum perayaan itu dengan menggayakan rambut seperti pokok Krismas.

Pelajar Akademi Kesihatan Manchester itu diberi kata dua sama ada menanggalkan dekorasi lampu pada rambutnya atau pulang ke rumah.

Gaya rambut pokok Krismas Poppy dibuat dengan membalut rambutnya pada sebuah botol air yang kosong.

Ibunya, Christie berkata: "Saya sangat kesal. Ia hanya sekadar suka-suka dan keceriaan Krismas sebelum bercuti.

"Dia hanya mahu suasana lebih menyeronokkan. Poppy sentiasa melakukan gaya rambutnya," katanya.

Pengetua, Keven Green berkata: "Gaya rambut pelajar itu memang kreatif tetapi malangnya ia tidka sesuai untuk digayakan di sekolah."

Dia bagaimanapun menafikan pelajar tersebut dihantar pulang kerana kesibukan pihak sekolah menganjurkan aktiviti sempena musim perayaan. - Metro

Krismas, rambut

Artikel Lain