suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Perompak gagal pecah masuk rumah, lepas geram berak depan pintu

Paparan kamera keselamatan di hadapan kediaman McCoy.

SEORANG lelaki dirakam membuang air besar di hadapan sebuah kediaman di Denver, Colorado, baru-baru ini.

Menerusi rakaman kamera keselamatan itu, lelaki berkenaan dipercayai perompak, berang apabila hasratnya untuk memecah masuk ke sebuah kediaman gagal.

Akibatnya, dia membuka seluar sebelum membuang air besar di lokasi itu.

Dalam rakaman berkenaan, dia kelihatan berusaha untuk masuk ke dalam rumah itu.

Menurut pemilik rumah, lelaki berkenaan turut mencemarkan lokasi itu dengan najisnya.

"Dia sentuh banyak benda termasuklah dinding dan tingkap selepas buang air besar.

"Mula-mula mestilah nak marah bila orang pecah masuk kawasan rumah.

"Bila dia kotorkan depan rumah saya dengan najis, tak tahu nak gelak atau menangis," ujar Scott McCoy.

McCoy turut memuat naik rakaman itu ke internet, namun sehingga kini tiada siapa tampil memberi maklumat. - Daily Star.

Scott McCoy, berak, najis, perompak

Artikel Lain