suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita alami tekanan didera tunang, bertindak luar kawalan tikam anak sendiri

James meninggal dunia akibat dibunuh oleh ibunya sendiri. FOTO: MEN Media.

SEORANG wanita menyifatkan hidupnya seperti dalam neraka apabila dia didera oleh tunangnya sendiri.

Magdalena Lesicka, 33, mengalami tekanan apabila didera juruterbang yang dikenali sebagai Peter Chilvers sehingga mendorong dia membunuh anak sendiri, James yang lahir pada tahun 2015.

Pasangan itu mula berkenalan pada 2011 sebelum Lesicka dilamar pada tahun berikutnya.

Selepas berpindah dan tinggal bersama di Liverpool, perangai lelaki itu dikatakan semakin teruk.

Malah, dia juga tidak henti-henti membuli dan mendera tunangnya itu.

Antara puncanya termasuklah cemburu buta dan sikap mesra wanita itu dengan lelaki lain.

Akibat tekanan, Lesicka membunuh anaknya apabila menikamnya dengan pisau.

Lesicka mengaku bersalah atas kesalahan itu dan dan dijatuhkan hukuman penjara selama 15 tahun.

Tunangnya pula dipenjara selama 18 bulan. - Daily Star.

Magdalena Lesicka, tekanan, tunang

Artikel Lain