suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kerusi roda hilang akibat kecuaian syarikat penerbangan, hanya mampu sambut Krismas dalam bilik hotel

Kerusi roda wanita ini hilang di Lapangan Terbang Mancheser. FOTO: Mike Quinn/PA.

PERCUTIAN seorang wanita sempena Krismas bertukar duka apabila kerusi roda miliknya hilang akibat kecuaian sebuah syarikat penerbangan.

Gemma Quinn yang lumpuh akibat kemalangan jalan raya hanya duduk dalam bilik hotel dan tidak dapat keluar bergembira kerana ketiadaan kerusi rodanya.

Kerusi roda itu hilang di Lapangan Terbang Manchester sebelum dia berlepas ke Dubai dan seterusnya ke Singapura.

Menurut wanita berusia 35 tahun itu, dia lumpuh sejak tahun 1992.

"Ini sepatutnya menjadi percutian terbaik dalam hidup, tapi ia jadi mimpi ngeri.

"Saya sentiasa mahu jalani hidup normal, kerap melancong walaupun sukar. Kejadian ini membuatkan saya rasa betul-betul tak berupaya," katanya. - The Indipendent.

Gemma Quinn, kerusi roda, Krismas

Artikel Lain