suria

Remaja kejam panggang kucing dalam ketuhar sambil ketawa

Rakaman kejam itu dimuat naik menerusi aplikasi Snapchat. FOTO: Dunkirk Animal Protection Society / SPA).

KEJAM dan tidak berperikemanusiaan.

Itulah perkataan yang sesuai untuk menggambarkan tindakan seorang remaja dari Dunkirk, Perancis.

Dalam satu rakaman tular, remaja berkenaan memanggang seekor kucing di dalam ketuhar.

Lebih kejam, dia kelihatan sedang ketawa sepanjang melakukan perbuatan tersebut.

Video itu kemudiannya dimuat naik menerusi Snapchat sebelum menjadi tular.

"Rasanya saya akan masuk neraka," tulis remaja itu pada kapsyen.

Kisah itu turut dikongsi oleh Persatuan Perlindungan Haiwan Dunkirk.

Ujar persatuan berkenaan, pihaknya sudah mengenalpasti identiti pelaku.

"Bagi mereka yang risau, kami mahu nyatakan yang kucing itu masih hidup.

"Kami berjaya mendapatkan nama pelaku dan tempat tinggalnya. Laporan juga sudah dibuat," ujar persatuan tersebut. - Daily Star.

Artikel Lain