suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sanggup buat 17 suntikan, gadis mahu pecah rekod miliki bibir paling besar di dunia

Andrea berpendapat bibir besar menjadikan dirinya lebih cantik. FOTO: Jam Press.

LAIN orang lain citarasanya.

Bagi gadis ini, bibir besar merupakan satu perkara yang menawan.

Disebabkan hal itu, Andrea Ivanova dari Bulgaria membuat 17 suntikan bibir.

Ujarnya, dia mahu memiliki bibir paling besar di dunia.

Malah katanya, dia nekad untuk mencapai hasrat itu dan tidak berhenti berusaha.

Dia juga mengakui mahu menjadi seperti patung Barbie.

Menurut gadis berusia 22 tahun itu, dia mahu mendapatkan sekurang-kurangnya dua lagi suntikan bibir menjelang tahun 2020.

Dia mula melakukan transformasi itu sejak tahun lalu.

"Saya suka bibir yang sekarang. Rasa elok dan sangat gembira.

"Pada saya, bibir besar lebih cantik. Saya tak kira berapa duit yang habis untuk prosedur ini," ujarnya lagi.- Daily Star.

Artikel Lain