suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Remaja perempuan bakal dipenjara seumur hidup selepas tembak mati lelaki yang merogolnya

Lokasi lelaki itu ditembak dan dibakar. FOTO: cbs58.

KEDENGARAN tidak adil namun itulah hakikat yang harus ditelan.

Malang nasib remaja perempuan ini, dia bakal dipenjara seumur hidup selepas didakwa menembak mati lelaki yang merogolnya.

Selain dirogol, dia turut dijual oleh lelaki itu untuk tujuan seks.

Kata Chrystul Kizer, 19, dia bertemu Randy Volar sewaktu berusia 16 tahun.

Selepas beberapa kali dirogol, Randy turut memperdagangkan tubuh remaja itu.

Malah, Chrystul turut diberi dadah sebelum dia menembak mati lelaki berusia 33 tahun itu pada 5 Jun 2018 di rumahnya di Wisconsin, Amerika Syarikat.

Selepas ditembak, Chrystul turut membakar mayat lelaki itu sebelum melarikan diri.

Kini, peguam gadis itu sedang membuat persiapan untuk rayuan hukuman berkenaan.

Dia kini ditahan dalam penjara sementara menunggu perbicaraan seterusnya. - Daily Star.

Chrystul Kizer, perogol, tembak mati

Artikel Lain