suria

Detik cemas dua kapal persiaran berlanggar

Pelanggaran dua kapal persiaran di Mexico pada Jumaat. Foto Reuters/MATTHEW BRUIN

DUA kapal persiaran berlanggar antara satu salam lain di pelabuhan Cozumel di laut Carribean dekat Mexico. 

Bahagian hujung kapal mengalami kerosakan teruk akibat pelanggaran itu.

Rakaman video menunjukkan kapal Carnival Glory merempuh kapal Carnival Legend di pelabuhan Mexico.

Menurut pihak syarikat kapal persiaran, seorang penumpang mengalami cedera ringan selepas pemindahan dilakukan.

Dalam satu kenyataan, ketika kejadian, kapal Carnival Glory cuba untuk berlabuh semasa ia melanggar kapal Carnival Legend pada waktu pagi.

Video berhubung insiden yang dirakamkan oleh saksi dari kapal lain.

Akibat pelanggaran itu, tingkap-tingkap pecah dan sebuah balkoni runtuh.

Pihak berkuasa di Cozume mengesahkan kejadian itu berlaku pada kira-kira 8.30 pagi waktu tempatan.

Tambahnya, pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan mengenai insiden. - Daily Star


 



Artikel Lain