suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita terkejut terima 'tetamu' Krismas tidak dijangka

Leanne Chapman yang baru berpindah ke Brisbane dari United Kingdom hanya menyedari kehadiran reptilia itu selepas pulang dari kerja. Foto: Dailystar

SEORANG wanita terkejut apabila mendapati seekor ular sawa sepanjang 10 kaki melingkar di pokok Krismas di balkoni rumahnya.

Leanne Chapman, yang baru berpindah ke Brisbane dari United Kingdom hanya menyedari kehadiran reptilia itu selepas pulang dari kerja.

Sebelum itu, rakan Leanne bersandar hanya beberapa inci dari situ.

Pada awalnya, Leanne dan rakannya dikejutkan dengan bunyi bising burung di balkoni.

"Kami baru pulang dari kerja, dan kemudian terdengar bunyi bising burung sebelum pergi memeriksa," kata Leanne yang teruja untuk meletakkan pokok Krismas pertama sejak berpindah.

Apabila rakan Leanne pergi untuk memeriksa keadaan, dia bersandar di pokok itu sebelum menyedari haiwan tersebut.

"Kami tidak menganggunya. Ia hanya duduk di situ beberapa jam dan kami memerhatikannya melalui tingkap.

"Kami fikir ia tidak akan membahayakan. Selagi ia tidak datang ke dalam rumah, ia boleh tinggal di situ,"kata Leanne. - Dailystar

Krismas, ular sawa, pokok krismas

Artikel Lain