suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lakukan penderaan seks dan rakam, pasangan kekasih pedofilia dihukum penjara

Mark Gable dan teman wanitanya Jessica Fry dihukum penjara selepas mengaku bersalah melakukan penderaan seksual ke atas kanak-kanak dan merakam video perbuatan mereka. Foto: Essex Police

SEPASANG kekasih dihukum penjara atas kesalahan melakukan penderaan seksual ke atas kanak-kanak dan bayi, dan merakam perbuatan keji berkenaan.

Mark Gable, 33, ditangkap selepas polis menemui klip video memaparkan dia dia mencabul seorang bayi di rumahnya di Colchester, Essex.

Polis juga menemui beberapa video melibatkan mangsa lain yang dirakam oleh teman wanitanya yang berusia 27 tahun, Jessica Fry.

Jessica turut kelihatan dalam satu video memaparkan dia melakukan serangan seks ke atas seorang kanak-kanak.

Pasangan dari Colchester itu mengakui kesalahan yang dilakukan antara 2017 dan 2019 di Mahkamah Chelmsford Crown semasa pendengaran awal pada bulan September.

Gable dihukum dipenjara selama 11 tahun setengah, manakala teman wanitanya dipenjara selama 10 tahun. - Metro.co.uk

pedofilia, kekasih, penjara

Artikel Lain