suria

Bersolat ketika rakan asyik menyanyi di pusat karaoke

Video seorang pelajar perempuan sedang menunaikan solat di pusat karaoke ketika rakannya sedang menyanyi tular di internet. Foto: Detik.com

VIDEO seorang pelajar perempuan sedang menunaikan solat di pusat karaoke ketika rakannya sedang menyanyi tular di internet.

Dalam video tersebut, kelihatan pelajar berkenaan mengenakan telekung sementara seorang rakannya yang berpakaian seragam sekolah pula memegang mikrofon.

Bagaimanapun lokasi dan identiti pelajar itu belum diketahui.

Video itu menimbulkan pelbagai reaksi daripada netizen.

Setiausaha Bahagian Fatwa Majlis Ulama Indonesia (MUI), Asrorun Niam menjelaskan, secara prinsip solat dikatakan sah jika memenuhi syarat dan keharmonian.

Menurut Niam, solat boleh dilakukan di mana-mana selagi tempatnya suci.

"Salat (solat) sah jika terpenuhi syarat dan rukunnya. Tempat bisa (boleh) di mana saja, asal suci," kata Niam dipetik Detik.com.

Dalam pada itu netizen turut mempersoalkan tindakan remaja itu menunaikan solat di kawasan yang diragui tahap kebersihannya.

Malah, ada di antara mereka berkata, pelajar terbabit sewajarnya bertanya kepada pekerja pusat karaoke tersebut mengenai ruang untuk bersolat. - Detik.com

karaoke, rakan, menyanyi, solat

Artikel Lain