suria

“Kami dengar jeritan, ramai panik” - Saksi insiden tempat duduk penonton runtuh ketika pertunjukan sarkas, akibatkan 3 cedera

Barisan tempat duduk dengan kira-kira 20 kerusi runtuh di sebuah sarkas di Manchester, United Kingdom. Foto Manchester Evening News WS

SATU barisan tempat duduk penonton di sebuah sarkas di Manchester di United Kingdom, runtuh mengakibatkan sekurang-kurangnya tiga orang cedera.

Polis bergegas ke lokasi kejadian yang berlaku di Winter Funland di Trafford Park pada Sabtu.

Barisan tempat duduk itu dilaporkan runtuh semasa satu pertunjukan pada kira-kira pukul 6.45 petang waktu tempatan.

Insiden tersebut mengakibatkan beberapa orang mengalami cedera ringan.

Saksi, James Moakes dan pasangannya, Sofia Gomes yang berada di lokasi kejadian bersama anak perempuan mereka mendapati kira-kira 20 tempat duduk runtuh.

Bercakap kepada Manchester Evening News: "Pada mulanya kami ingat bunyi bising ada kaitan dengan pertunjukan.

"Kami nampak satu barisan bangku runtuh dan segalanya bermula di situ.

"Satu bahagian tempat duduk runtuh sendiri. Ada kira-kira 20 kerusi.

"Kami rasa lantai bergegar. Kami dengar jeritan dan orang ramai panik, ramai kanak-kanak di lokasi kejadian," tambahnya.

Pihak pengurusan Winter Funland mengesahkan tiga orang cedera.

Menurut mereka, Winter Funland akan dibuka pada Ahad, kecuali pertunjukan sarkas.

"Kesihatan dan keselamatan pelanggam kami adalah keutamaan," ujar seorang jururcakap. - Daily Star

sarkas, runtuh, Manchester

Artikel Lain