suria

Pengunjung lari selamatkan diri insiden tembakan di medan selera pusat beli-belah

Pengunjung lari menyelamatkan diri daripada insiden tembakan di medan selera di sebuah pusat beli-belah di Atlanta. Foto unapologetically_latina_/Instagram

POLIS memburu seorang lelaki bersenjata selepas suspek melepaskan tembakan di dalam sebuah pusat beli-belah di Atlanta.

Menerusi satu klip video, kedengaran bunyi dentuman dan kelihatan pengunjung termasuk keluaran bersama kanak-kanak kecil dalam ketakutan di Cumberland Mall di Georgia, pinggir bandar Atlanta.

Polis memberitahu bahawa tembakan dilepaskan dalam satu pergaduhan.

Kekecohan itu menyebabkan pengunjung lari menyelamatkan diri dan pekerja di kedai-kedai mengunci premis masing-masing sehingga polis tiba di lokasi kejadian.

Seorang saksi memberitahu dia terpaksa berlari keluar dari bilik persalinan tanpa sempat memakai baju.

Polis County Cobb berkata, ia bukan keadaan tembak-menembak yang aktif, dan kejadian itu hanya terpencil.

Menurut polis, beberapa pengunjung mengalami serangan panik.

Saksi-saksi memberitahu kekecohan berlaku apabila tembakan dilepaskan pada kira-kira pukul 1.30 petang Sabtu waktu tempatan.

"Jabatan Polis County Cobb bertindak balas dan bergegas ke medan selera di Cumberland Mall.

"Seorang telah ditembak dan suspek melarikan diri. Mangsa dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan," menurut polis. - Mirror


Artikel Lain