suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sengaja cari pasal! Pemuda selamba makan ayam KFC sewaktu aktivis haiwan buat protes

Aksi selamba lelaki itu yang tular di internet. FOTO: KenJames Lamar/TikTok.

SEORANG lelaki di Australia menerima pujian warga internet kerana secara selamba makan hidangan ayam KFC di hadapan aktivis haiwan sewaktu berlangsungnya satu protes di negara itu.

Video melibatkan lelaki berkenaan yang dirakam sewaktu protes vegetarian berlangsung, sehingga kini menerima lebih 300,000 tanda suka.

Malah, ramai yang melihat tindakannya sebagai satu jenaka yang cukup menghiburkan.

Video yang dirakam di Sydney memaparkan lelaki itu sedang menjamah hidangan ayam KFC.

Dia berada berdekatan kumpulan aktivis yang baru sahaja memulakan protes mereka.

Sambil berjalan di hadapan kumpulan aktivis itu, dia selamba sahaja makan hidangan berkenaan. - Daily Star.

KFC, aktivis haiwan, vegan, protes

Artikel Lain