suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Helang sambar sotong gergasi hampir lemas diserang semula dalam air

Paparan skrin video serangan sotong ke atas seekor helang pemangsa di Kanada.

HASRAT seekor helang memburu makanan hampir gagal apabila ia diserang semula mangsanya.

Dirakam di Pulau Vancouver, Kanada, video itu turut menjadi tular di media sosial.

Sewaktu menyerang seekor sotong di dalam air, helang itu diserang semula sehingga hampir lemas.

Pada waktu itu, sotong berkenaan menggunakanm sesungutnya untuk mematahkan percubaan helang itu.

Menurut seorang pekerja ladang, dia mendengar bunyi bising sebelum menyiasat hal itu.

Apabila menyedari helang itu hampir lemas, pekerja berkenaan cuba membantu dengan melepaskan haiwan itu dari cengkaman sotong.

Dia kemudiannya melepaskan semula sotong itu ke dalam air.

Satu lagi video berlainan menunjukkan helang itu terbang ke bahagian seberang sungai selepas ia diselamatkan. - Daily Star.

helang, sotong, laut, pemangsa

Artikel Lain