suria

Tuan rumah berang selepas pekerja syarikat penghantaran barang kencing di lantai tandas

Jamie Lapin berang apabila seorang pemandu syarikat penghantaran mengotorkan lantai tandasnya lalu memanggilnya kembali untuk membersihkannya. Foto: Grimsby Live/MEN

MUNGKIN perkara biasa apabila pekerja penghantaran mencampak barang pelanggan ke dalam pagar rumah mereka.

Tetapi, berlainan pula dengan kejadian yang menimpa seorang pelanggan yang membuat pesanan daripada sebuah syarikat penghantaran barang, Amazon.

Jamie Lappin berkata, kejadian itu berlaku ketika seorang pemandu penghantaran syarikat berkenaan menghantar kiriman hadiah Krismas ke rumahnya baru-baru ini.

Ketika Jamie membuka pintu, pemandu itu bertanya sama ada dia boleh menggunakan tandas di rumahnya.

"Dia mengetuk pintu saya untuk menyampaikan beberapa barangan berupa hadiah Krismas yang kami beli untuk beberapa kawan."

"Kemudian dia meminta kebenaran untuk menggunakan tandas saya, saya dengan baik mengatakan tidak," kata Jamie.

Bagaimanapun, pemandu berlari ke tingkat atas untuk menggunakan tandas di rumah Jamie sebelum turun semula ke bawah dan menjerit "terima kasih".

Jamie berkata: "Saya tidak tahu mengapa tetapi saya pergi ke atas untuk memeriksa tandas semula dan tidak percaya apa yang saya lihat," kata Jamie.

Dia kemudian segera mendapatkan pemandu itu semula dan menerusi rakaman CCTV di rumahnya, kedengaran tuan rumah itu berteriak: "Anda telah membuang di seluruh lantai saya!".

Pemandu itu akhirnya kembali semula ke rumah Jamie.

Jamie berkata: "Dia membersihkan semuanya - saya melihat dia melakukannya."

"Saya rasa itu akan menjadi kali terakhir saya membiarkan seorang lelaki tak dikenali menggunakan tandas saya." - Dailystar

Artikel Lain