suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Saintis di China hasilkan khinzir kacukan monyet, mati tak sampai seminggu kemudian

Dua khinzir ini mati tak sampai seminggu selepas ia dilahirkan. FOTO: State Key Laboratory of Stem Cell and Reproductive Biology.

SEKUMPULAN saintis di China berjaya menghasilkan baka kacukan khinzir dan monyet.

Menerusi kajian itu, dua khinzir dikacukkan dengan DNA monyet yang mana ia berjaya dilahirkan dengan sempurna.

Ia dilakukan dengan proses persenyawaan melibatkan lebih 4,000 embrio.

Ia menjadikan dua haiwan itu memiliki bahan genetik monyet cynomolgus dalam badannya termasuklah dalam paru-paru, jantung, limpa dan kulit.

Dua khinzir itu bagaimanapun mati tidak sampai seminggu selepas ia dilahirkan.

Pada Julai lalu misalnya, saintis di China ada mengusulkan idea untuk menghasilkan monyet dengan sebahagian otak manusia.

Ia bertujuan mengkaji pelbagai penyakit seperti alzheimer dan sebagainya. - Metro.UK.

kacukan, khinzir, monyet, saintis

Artikel Lain