suria

Penjenayah ejek polis, sengaja berbaring di atas kereta peronda sambil pegang bir

Gambar penjenayah, Luke Hainsworth diambil setahun yang lalu tetapi ia muncul semula baru-baru ini ketika dia dijatuhkan hukuman penjara atas tuduhan membunuh seorang lelaki. Foto: HullLive/ MEN

SEORANG lelaki yang disabitkan dengan kesalahan membunuh berbaring di atas bonet sebuah kereta polis sambil sebelah tangannya memegang tin minuman keras dan menghalakannya ke kamera, sebagai cubaan mengejek pihak berkuasa itu.

Foto imej penjenayah berkenaan, Luke Hainsworth diambil setahun yang lalu tetapi ia muncul semula baru-baru ini ketika dia dijatuhkan hukuman penjara atas tuduhan membunuh seorang lelaki, Scott McKay menggunakan kuali.

McKay, 41, dipukul dengan kuat di bahagian kepala sehinggakan pemegang kuali itu tercabut, selain dia juga dipukul dengan pemegang penyapu dan ditendang di rumahnya di Hull, East Yorks.

Hainsworth, 30, telah dipenjarakan sekurang-kurangnya selama 16 tahun selepas didapati bersalah melakukan pembunuhan pada 6 Julai, sementara rakannya, Jason Shreeve pula dijatuhkan hukuman sekurang-kurangnya 19 tahun penjara, laporan HullLive.

Laman web itu menerbitkan gambar yang menunjukkan Hainsworth berbaring di atas sebuah kereta Polis Humberside dengan satu tin bir di tangannya.

Hainsworth mempunyai 22 kesalahan lampau di dalam rekodnya yang didakwa melakukan serangan yang "berlebihan".

Shreeve, 42, pula mempunyai 152 kesalahan lampau dan baru-baru ini turut disabitkan kesalahan mencuri sebentuk cincin perkahwinan wanita, demikian Mahkamah Sheffield Crown Court diberitahu. - Mirror.co.uk

penjenayah, baring, kereta peronda, bir

Artikel Lain