Video aksi agresif lelaki serang isteri, anak perempuan guna tukul besi tular - Dunia | mStar

Video aksi agresif lelaki serang isteri, anak perempuan guna tukul besi tular

Bapa Zhao cuba menyerang dia dan ibunya menggunakan tukul besi.

SEBUAH video yang menyaksikan seorang bapa menyerang isteri dan anak perempuannya dengan tukul besi menjadi tular di media sosial.

Rakaman kejadian yang dipercayai berlaku di Cangzhao, utara China itu dimuatnaik anak perempuan suspek dikenali sebagai Zhao, 23.

Ketika Zhao sedang menyusukan anaknya di bilik tidur, dia terdengar berlaku pertengkaran antara ibu dan bapanya yang masing-masing berusia 52 tahun di halaman rumah mereka.

Menurut Zhao, pergaduhan bertukar tegang apabila suspek mengetahui anak dan isterinya mengunci diri dari dalam sebuah bilik tidur.

Aksi agresif suspek berjaya dirakam anak perempuannya.

Bagaimanapun, Zhao sempat merakam aksi bapanya yang meluru masuk ke dalam bilik tidur sambil tangan kanannya menghayun tukul besi.

Video pendek berdurasi 16 saat itu turut menyaksikan suspek merampas telefon bimbit Zhao sebaik menyedari aksi agresifnya dirakam.

Malah suspek turut dilihat memijak telefon bimbit milik Zhao tetapi perlakuannya terus dirakam.

Rakaman berakhir dengan suspek meludah ke arah Zhao dan ibunya sambil kedengaran bunyi tangisan seorang bayi.

Rakaman itu mendapat lebih 5 juta tontonan selepas tular.

Setakat ini, pihak polis Cangzhou masih melakukan siasatan terhadap bapa Zhao, tetapi tiada tangkapan dibuat. - Mirror.co.uk

tukul

Klik

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

Artikel Lain