suria

Gorila ‘catwalk’, berlagak umpama raja rimba

N'Dowe berjalan upama manusia tanpa menggunakan tangannya dan tidak kekok walau aksinya dirakam jurugambar di Zoo Paignton.

LUMRAHNYA gorila bergerak menggunakan tangan dan kaki tetapi lain pula halnya bagi haiwan ini di sebuah zoo di Devon, England.

Diberi nama N'Dowe, penghuni Zoo Paignton ini dirakam berjalan menegak umpama manusia dengan hanya menggunakan kakinya.

Gaya bersahajanya mengatur langkah dikatakan mahu menunjuk-nunjuk seolah-olah raja rimba sedang melawat kawasan sekitar sambil matanya memerhati ke arah kamera.

Gorila spesis Western Lowland ini bagaikan selesa dengan pergerakannya seperti model di pentas catwalk!

Beratnya mencecah 190kg, N'Dowe juga gemar memancing.

Berusia 16 tahun, N'Dowe ditempatkan di zoo yang juga terkenal dengan penjagaan buaya, emu dan ungka.

Gorila yang beratnya mencecah 190 kilogram itu gemar memancing menggunakan ranting, selain bersifat lembut, bijak serta gemar makan apa sahaja yang diberikan kepadanya.

N'Dowe berkongsi kawasan dengan dua lagi gorila spesis silverbacks iaitu Kiondo dan Kivo yang kedua-duanya berusia 17 tahun.

Haiwan yang hampir pupus di hutan belantara ini sering kali diancam kegiatan memburu, peperangan dan pembangunan.-Dailymail.co.uk


N'Dowe, gorila, Devon, zoo

Artikel Lain