Restoran kotor ditutup, najis tikus ditemui dalam ketuhar

Selain ketuhar, najis tikus turut ditemui di tempat penyediaan makanan. FOTO: Leicester Mercury / Chris Gordon.

SEBUAH restoran yang popular dengan hidangan kari ditutup selepas pemeriksaan menemui najis tikus dalam ketuhar dan peti.

Selain itu, najis tikut juga turut kelihatan di atas meja penyediaan makanan.

Foto-foto jijik restoran yang terletak di Leicester itu turut tersebar.

"Tikus berkeliaran, najis juga ditemui di beberapa tempat.

"Dalam peti, ketuhar dan tong gas. Kamu perlu bersedia dengan masalah yang dicetuskan tikus.

"Mereka juga boleh melompat tinggi. Tikus membawa kuman dan menyebarkannya kepada manusia," ujar ahli majlis perbandaran Leicester, John Moss.

Selepas menjalani pemeriksaan selanjutnya di premis berkenaan, ia akhirnya dibuka semula untuk operasi pada Ahad. - Daily Star.

tikus, ketuhar, restotan, kotor

Artikel Lain