suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Adik diganggu roh kakak sendiri, bukti seram dirakam secara tak sengaja menerusi Snapchat

Kelibat roh yang dirakam menerusi Snapchat milik Kelly. FOTO: Kennedy News and Media.

SEKEPING foto yang dihantar oleh Kelly Green menerusi aplikasi Snapchat ternyata mengejutkan rakannya.

Hanya bergambar sendirian, rakannya bagaimanapun melihat satu kelibat di belakang Kelly dalam foto itu.

Setelah dimaklumkan mengenai hal itu, Kelly menunjukkan foto tersebut kepada bapanya yang juga seorang pemburu hantu.

Dikenali sebagai Derek, bapa Kelly yakin kelibat berkenaan merupakan roh anaknya yang juga kakak kepada Kelly.

Digelar sebagai Jessica, dia meninggal dunia dalam kandungan, dua tahun sebelum Kelly dilahirkan.

Bapanya tampil dengan teori bahawa itu merupakan roh anaknya selepas membuat beberapa pemeriksaan.

Antaranya, kelibat itu memiliki wajah yang hampir sama dengan Kelly sewaktu dia kecil.

"Mak dengan ayah saya pemburu hantu. Ayah saya kata ia mungkin roh kakak yang meninggal kerana keguguran.

"Mereka kehilangan anak sewaktu saya belum lahir. Dia diberi nama Jessica," ujar Kelly. - Daily Star.

Kelly Green, roh, Snapchat

Artikel Lain