suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pernah pecah rekod dunia, pendaki solo terkenal maut jatuh gunung

Gobright maut pada Rabu lalu.

BRAD Gobright yang juga pendaki solo terkenal dunia maut apabila terjatuh sewaktu menuruni gunung di Mexico pada Rabu.

Dia pada waktu itu sedang menuruni puncak El Potero Chico bersama rakan pendaki, Aidan Jacobson.

Gobright, 31, sememangnya terkenal dan digelar sebagai antara pendaki solo paling berjaya di dunia.

Sewaktu kejadian, dia sedang menuruni gunung dengan menggunakan tali sebelum terjatuh ke atas permukaan batu.

Gobright sebelum ini pernah mencatat rekod pendakian pantas untuk El Capitan Yosemite setinggi 914 meter dalam tempoh 19 jam 44 minit.

Rekod itu bagaimanapun dipecahkan oleh Alex Honnold dan Tommy Caldwell pada 2018. - The Indipendent.

Brad Gobright, pendaki gunung, maut

Artikel Lain