suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Saya tak mahu dikaitkan dengan dia” - Anak saudara Osama ben Laden sertai band, buat persembahan di London

Dufour mengakui tidak pernah bercakap dengan Osama. FOTO: Reuters.

ANAK saudara Osama bin Laden mencuri perhatian ramai apabila dia membuat persembahan di London.

Wafah Dufour, 44, merupakan ahli band Deep Tan bersama Celeste Guiness dan Melia Beaudoin.

Dia yang juga bekas model pernah merakan album pada tahun 2009.

Dufour yang dilahirkan di Amerika Syarikat (AS) sebelum ini pernah memberi komen mengenai bapa saudaranya itu.

Kata Dufour, dia tidak pernah bercakap dengan Osama.

Malah, Dufour juga sebolehnya enggan dikaitkan dengan Osama sehingga dia menukar nama belakang keluarganya.

"Saya mahu hilang. Saya menangis sepanjang hari.

"Bagaimana nak jadi diri sendiri, ia bagaikan krisis identiti.

"Saya tak mahu dikaitkan dengan dia (Osama)," kata Dufour.

Tambah Dufour, dia hanya bercakap sekali sahaja dengan bapanya selepas insiden serangan 11 September. - Daily Star.

Artikel Lain