suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Disangka batuk biasa, ibu terkejut disahkan hidap kanser - “Ada beberapa bulan lagi untuk hidup”

Vicki bersama dua anaknya. FOTO: Hull Daily Mail / MEN Media.

SEORANG ibu tidak menyangka batuk yang dialami merupakan petanda kepada penyakit kanser.

Vicki Marshall, 33 dari Tickton, Hull, disahkan menghidap kanser terminal dan ada beberapa bulan lagi untuk hidup.

Ia bukanlah kali pertama Vicki menghidap kanser.

Pada 2017, dia turut berjuang melawan kanser payudara.

Imbasan pada 8 November lalu menunjukkan dia menghidap kanser tahap dua yang mana ia sudah merebak dalam hati dan tulang belakangnya.

Imbasan seterusnya menunjukkan kanser juga sudah merebak pada paru-parunya.

"Saya tak ada sakit, macam biasa jaga dua anak. Tiba-tiba disahkan hidap kanser.

"Kalau boleh rawat, saya ada beberapa tahun lagi. Kalau tidak, saya ada beberapa bulan lagi untuk hidup.

"Kisah saya sedih sebab saya memang sihat beberapa bulan lepas," ujar Vicki lagi. - Daily Star.

Artikel Lain