suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Datuk derita kanser kolon tahap empat sempat minum bir sebelum menghembuskan nafas terakhir

Norbert Schemm,87, yang menderita kanser kolon tahap empat mahu menikmati bir sebelum menghembuskan nafas terakhirnya. Foto: Adam Schemm

SEORANG warga emas melaksanakan impian sebelum menghembuskan nafas terakhirnya dengan meminum bir bersama anak-anak dan cucunya.

Norbert Schemm, 87, menghabiskan saat-saat terakhir dengan meminum bir bersama insan tersayang ketika sedang terlantar di sebuah hospital di Wisconsin.

Sekeping gambar menunjukkan ahli keluarga berkumpul mengelilingi katil Norbert dimuat naik di Twitter oleh cucunya, Adam Schemm dan berjaya meraih perhatian para pengguna media sosial.

“Datuk saya agak sihat sepanjang hayatnya tetapi pada Ahad minggu lepas semasa dia berada di hospital, mereka menyedari ia akan menjadi hari-hari akhir.

“Dia memanggil cucunya untuk memberitahu kami pada hari Isnin. Kami mengambil gambar Selasa malam dan kemudian dia meninggal dunia pada hari Rabu kerana menderita kanser kolon tahap empat.

“Ayah saya memberitahu kami bahawa datuk ingin minum bir dan sekarang ketika saya melihat gambar tersebut, ia memberi saya ketenangan ... Ini sebenarnya membantu mengubati kesedihan kami,” katanya.

Para pelayar di Twitter kemudian meninggalkan komen dengan turut memuat naik gambar mereka bersama insan tersayang yang juga sedang bertarung nyawa melawan penyakit masing-masing. - Metro.co.uk

kanser kolon, bir, datuk, nafas terakhir

Artikel Lain