suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gadis dipenuhi darah selepas kemalangan buat polis dan paramedik terkejut

Wolfe terlibat dalam kemalangan selepas membuat persembahan di rumah hantu.Foto: Twitter

PASUKAN paramedik dan polis terkejut melihat seorang gadis berlumuran darah di mukanya selepas terlibat dengan kemalangan.

Sidney Wolfe mengalami kemalangan apabila seekor rusa secara tiba-tiba meluru ke arah depan keretanya.

Berikutan insiden itu, sepasukan paramedik tiba di lokasi  dan terus memberi rawatan kecemasan.

Bagaimana pun, gadis itu sebenarnya hanya mengalami sedikit lebam di bahagian kaki.

Dia dalam perjalanan pulang ke rumah selepas terlibat dalam satu promosi rumah hantu dengan memakai pakaian karektor ikonik Carrie, yang dipenuhi darah palsu diwajahnya.

Wolfe meminta maaf selepas kejadian itu kerana menimbulkan panik kepada banyak pihak.

"Semua orang ingin tahu apa yang sebenarnya terjadi. Saya terlibat dengan promosi Carrier the Musical di sebuah rumah hantu.

"Sebaik sahaja habis persembahan, saya terlalu penat untuk mencuci mekap dan terus pulang ke rumah," tulis Wolfe di Twitter miliknya. - mirror.co.uk

Kemalangan, darah, palsu, rumah hantu

Artikel Lain