suria

Tak dapat garfu, wanita amuk tembak tingkap KFC selepas beli makanan

Kejadian berlaku pada Isnin lalu. FOTO: WLKY.

SEORANG Wanita bertindak menembak cermin kaca restoran makanan segera KFC selepas permintaan supaya diberi garfu dan napkin tidak dilayan.

Kejadian itu berlaku di KFC Shelbyville, Kentucky, Amerika Syarikat pada Isnin.

Kejadian itu dimuat naik ke Facebook dan sehingga kini dikongsi lebih 11,000 netizen.

Polis turut mengesahkan kejadian dan mengakui dihubungi sejurus ia berlaku.

Dalam pada itu, pengurus sebuah restoran berdekatan mengakui terkejut mendengar berita tersebut.

"Ada pelanggan setia kami datang dan tanya mengenai kejadian di KFC.

"Saya tak boleh fikir bagaimana dia sanggup keluarkan senjata dan tembak tingkap kaca. Ia menakutkan," ujar Charlene Witt yang bertugas di Subway.-  Mirror.

KFC, tembak, tingkap, garfu

Artikel Lain