suria

13 tetamu majlis pengebumian khayal selepas dihidang kek ganja

Kejadian itu berlaku pada Ogos lalu. FOTO: Getty Images/iStockphoto

TETAMU sebuah majlis pengebumian di Jerman tiba-tiba khayal selepas mereka dihidangkan kek ganja.

Menurut laporan media tempatan, 13 tetamu yang terlibat mengalami pening dan loya selepas menikmati hidangan itu.

Difahamkan, polis kini sedang menyiasat anak perempuan pemilik restoran yang menghidangkan makanan itu.

Kejadian dikatakan berlaku pada Ogos lalu namun baru sahaja dilaporkan pada Selasa, memaksa polis membuka siasatan.

Kata laporan itu, kejadian tidak diperbesarkan pada Ogos kerana mahu menghormati kesedihan keluarga si mati pada waktu itu. - Mirror.

Artikel Lain