suria

Penumpang malang kongsi foto makanan dalam pesawat

Antara makanan yang diterima penumpang pesawat.

APABILA menaiki pesawat untuk perjalanan jauh, kita pastinya mahu mengalas perut dengan makanan yang enak.

Namun, penumpang pesawat juga tidak terlepas berdepan detik malang apabila dihidangkan makanan yang teruk dan tidak menyelerakan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kami bukan arnab” - Penumpang kecewa diberi makanan menyedihkan dalam pesawat

Beberapa penumpang turut berkongsi foto juadah yang diterima mereka, yang mana rata-ratanya kelihatan tidak layak untuk dihidangkan dalam pesawat.

Kata seorang penumpang, Billy Shearer, dia menyifatkan juadah yang diterima sangat mengerikan.

Hidangan kentang yang tak menyelerakan.

Tambahnya lagi, terbang dalam kelas perniagaan juga belum menjamin anda akan diberi makanan yang bagus.

Berikut beberapa foto yang dikongsi oleh beberapa penumpang menerusi laporan The Sun.


Penumpang gagal mengenalpasti hidangan apakah yang diberi kepada mereka.

Adakah anda mampu menghabiskan makanan seperti ini?


Juadah yang kelihatan sejuk dan tidak menyelerakan.

makanan, pesawat, penumpang

Artikel Lain