suria

Macam filem lucah, pengantin biadab letak hiasan patung tak senonoh pada kek kahwin

Hiasan patung pada sebiji kek lucah yang digambarkan lucah. Foto reddit

MENJADI terlalu terperinci adalah sangat penting apabila ia melibatkan hiasan perkahwinan.

Bagaimanapun, satu pasangan bertindak keterlaluan apabila melakukan sesuatu pada hiasan kek perkahwinan mereka.

Hiasan berupa dua patung dalam keadaan lucah diletakkan pada kek berkenaan.

Perkara itu dikongsi secara dalam talian, dan seseorang memberikan komen: "Mereka sungguh memalukan."

Seorang lagi menulis: "Apa dah jadi dengan orang seperti ini."

Gambar tidak senonoh itu dimuat naik dalam ruangan forum di laman sosial Reddit, di mana ramai membuat undian mengenainya.

"Kenapa ada pasangan melakukannya? Saya tak boleh terima.

Seorang lagi menambah: "Ia busuk, tak ada kelas dan tidak matang."

Warganet tidak lagi menganggapnya sebagai kek perkahwinan, tetapi menyifatkannya ia sebagai biadab. - Daily Star

pengantin, kek perkahwinan, lucah

Artikel Lain