suria

Instafamous dikecam berkelakuan tidak senonoh semasa perlawanan besbol ada sejarah ketika naik roller coaster

(kiri) Kejadian yang berlaku semasa perlawanan besbol. (kanan) Julia berkelakuan tidak senonoh semasa menaiki permainan roller coaster pada Jun lalu. Foto Instagram/Twitter/Daily Star

SALAH seorang model yang bertindak menunjukkan payu dara mereka semasa perlawanan besbol di Washington, Amerika Syarikat sebenarnya mempunyai sejarah berkelakuan tidak senonoh.

Tiga Instafamous iaitu Julia Rose, Lauren Summer dan Kayla Lauren menjadi perhatian selepas rakaman mereka semasa perlawanan Houston Astros menentang Washington Nationals menjadi tular pada Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN: Padah 3 Instafamous tayang payudara semasa siaran langsung perlawanan besbol, alasan mereka amat mengejutkan!

Ketiga-tiga mereka beraksi sedemikian dengan alasan mahu memupuk kesedaran mengenai kanser payudara.

Julia, 25, pernah berkelakuan tidak senonoh semasa menaiki permainan roller coaster di sebuah taman hiburan pada Jun lalu.

Dia membuat rakaman itu di Six Flags Magic Mountain di California, sebelum memuat naiknya di laman sosial.

Video tersebut mendapat pelbagai reaksi dengan salah seorang warganet menulis di Twitter: "Dia buat macam tu dengan ada kanak-kanak di sekeliling?"

"Ada masa dan tempat untuk semuanya, tetapi ini (taman hiburan) bukanlah tempat untuk perkara ini, terutama ia dipenuhi dengan kanak-kanak di taman hiburan," ujar seorang lagi. - Daily Star


Artikel Lain