suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Padah 3 Instafamous tayang payudara semasa siaran langsung perlawanan besbol, alasan mereka amat mengejutkan!

Dua daripada tiga wanita menunjukkan payudara mereka semasa perlawanan besbol. Foto twitter/daily star

TIGA model Instagram dirakamkan secara langsung menunjukkan payudara semasa perlawanan bola besbol menerima padah apabila dilarang untuk menyaksikan permainan itu pada masa akan datang.

Jutaan penonton menyaksikan Houston Astros menentang Washington Nationals dalam perlawanan kelima World Series 2019 pada Ahad.

Bagaimanapun, ramai penonton tertumpu kepada satu kumpulan penyokong apabila mengangkat baju mereka.

Rakaman menunjukkan seorang wanita berpakaian kuning mengangkat baju sebelum diikuti oleh dua rakannya, sehingga mendapat sorakan ramai.

Video yang merakamkan kejadian di Washington DC, Amerika Syarikat kemudian tular selepas dimuat naik di laman Twitter.

Ketiga-tiga model tersebut adalah Julia Rose, Lauren Summer dan Kayla Lauren yang mempunyai jumlah 4.3 juta pengikut secara keseluruhan.

Mereka kemudian tampil susulan video berkenaan tular.

Kayla memuat naik video mendakwa aksi mereka tersebut sebagai kesedaran kanser payudara, sempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara pada bulan ini.

Bagaimanapun, mereka kemudian menerima surat amaran daripada penganjur kerana melanggar kod pemakaian di stadium. - Daily Star



payudara, besbol, instafamous

Artikel Lain