suria

Facebook, Instagram larang penggunaan beberapa jenis emoji gambaran ’seksual’

Beberapa emoji di Facebook dan Instagram diharamkan penggunaannya.

FACEBOOK dan Instagram mengharamkan penggunaan ikon atau emoji seksual termasuk terung, buah pic dan titisan air.

Garis panduan terbaharu melarang kesemua emoji tersebut tidak boleh digunakan kerana ia menggambarkan aktiviti dan bahagian tubuh yang disamakan dengan ikon-ikon itu.

Bagaimanapun, pengguna media sosial mengkritik kerana terlalu memberi perhatian mengenai isu ini berbanding rasis dan propaganda yang ada di laman sosial itu.

Peraturan baharu itu di bawah Seksyen 16, Komuniti Standard di bawah 'Permohonan Seksual.'

Emoji terung dan buah pic antara ikon yang diharamkan di Facebook dan Instagram.

Berikutan dengan pengenalan kepada penambahan baharu ini, Facebook menyatakan bahawa mereka meletakkan 'When content facilitates, encourages or coordinates sexual encounters between adults.'

Terdapat dua kriteria baharu di bawah seksyen ini.

Yang pertama adalah pengguna mesti 'secara tersirat atau tidak langsung' menawarkan beberapa bentuk komunikasi seksual, sama ada 'imej telanjang,' seks, atau 'perbualan sembang seks'.

Manakala kriteria kedua adalah bahawa kandungan harus mempunyai beberapa bentuk 'unsur-unsur yang bersifat seksual.' - Dailymail.co.uk

Facebook, Instagram, emoji

Artikel Lain