Kejam! Mayat jutawan ditemui disimen, disumbat dalam peti sejuk - Dunia | mStar

Kejam! Mayat jutawan ditemui disimen, disumbat dalam peti sejuk

Mayat Wannee Jiracharoenying ditemui disimen dan disumbat dalam peti sejuk. Foto ViralPress

SEORANG jutawan pemaju hartanah ditemui mati dengan mayatnya disimen dengan konkrit dan disumbat dalam peti sejuk.

Ahli perniagaan wanita itu, Wannee Jiracharoenying, 58, dilaporkan hilang di Chiang Mai, utara Thailand itu pada Jumaat lalu.

Kes kematiannya kini disiasat selepas mayatnya ditemui di kediamannya pada Ahad.

Abang Wannee, Woraphan Jiracharoenying membuat panggilan kecemasan selepas mangsa tidak membalas mesejnya.

Mayat mangsa ditemui selepas jiran-jiran mengadu bau busuk dari kediamannya.

Polis kini mahu bercakap dengan rakannya, dikenali sebagai Oom, yang hilang selepas penemuan tragis itu.

Ia susulan penemuan polis mendapati sejumlah wang yang banyak diambil daripada akaun bank Wannee selepas kematian mangsa.

Kad bank dan kereta milik mangsa juga dilaporkan hilang.

Ketua polis, Bundit Tungkhaseranee berkata, mereka kini melakukan siasatan dikhuatiri rakan mangsa melarikan diri ke luar negara.

"Kita telah menghubungi pihak bank di mana mangsa adalah pelanggannya dan menerima maklumat bahawa wang telah dikeluarkan oleh seseorang selepas kematian mangsa.

"Pada hari keluarga mangsa terhubungan dengannya, suspek mengeluar wang dari ATM di Chiang Mai kemudian di Chiang Rai dan Mae Hong Son, berjumlah 1.2 juta baht - kira-kira £31,000.

"Maklumat terbaharu yang kami terima daripada bank adalah suspek mengeluarkan lagi wang tetapi kali ini di Rayong, CCTV dari ATM merakamkan sebahagian wajah mereka.

"Kami berpendapat suspek melakukan jenayah yang bertujuan untuk mendapatkan wangnya, mungkin kerana dia terdengar bahawa mangsa selalu menyumbang sejumlah besar wang ke kuil dan hospital," katanya.

Jurucakap timbalan polis, Kolonel Kritsana Pattanacharoen berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Maharat Chiang Mai untuk pengecaman dan bedah siasat. - Daily Star

jutawan , Wannee Jiracharoenying

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain