suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Majikan cerewet mahu pekerja wanita sahaja - “Mereka lebih pandai goreng ikan”

Tuduhan berkenaan turut diperjelaskan semula oleh pengurus restoran berkenaan. (Gambar Hiasan)

SEORANG lelaki mendakwa permohonannya untuk bekerja di sebuah restoran di Nottingham ditolak atas alasan jantina.

Katanya, majikan tersebut cukup cerewet dan hanya mahu menggaji pekerja wanita sahaja.

Menurut lelaki yang mempunyai 15 tahun pengalaman dalam bidang makanan itu, dia terkejut apabila dimaklumkan mengenai penolakannya.

"Saya didiskriminasi kerana jantina saya. Mengejutkan ia boleh terjadi kepada saya.

"Buat kerja tak ada kaitan sama ada kamu lelaki atau wanita," ujarnya.

Dalam pada itu, pengurus restoran berkenaan turut tampil memberi penjelasan.

Ujarnya, apa yang berlaku merupakan salah faham sahaja.

Malah katanya, mereka kini membuka banyak peluang pekerjaan untuk lelaki dan wanita selepas insiden itu.

"Saya tak berniat nak melakukan diskriminasi.

"Saya hanya beritahu pendapat sahaja. Ia bukannya fakta," kata pengurus itu. - Daily Star.

Artikel Lain