suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Comel! Orang utan jadi ibu angkat kepada tiga anak harimau

Aksi mesra orang utan bersama salah seekor anak harimau berkenaan. Kredit Twitter @susantananda3.

KASIH sayang tanpa mengenal spesis, begitulah yang dapat menggambarkan kisah empat haiwan ini.

Sungguh unik dan comel apabila seekor orang utan menjadi ibu angkat kepada tiga anak harimau

Kisah itu dikongsi menerusi Twitter dengan paparan video yang cukup mencuit hati.

Lokasi sebenar video itu dirakam tidak dinyatakan, namun ia pantas menjadi tular dan menarik perhatian ramai.

Video itu menunjukkan orang utan itu menyuap susu botol ke mulut salah seekor anak harimau berkenaan.

Malah, ia juga kelihatan cukup mesra dan mengusap tiga haiwan kecil itu dengan penuh kasih sayang. - Indian Times.

orang utan, harimau, ibu angkat, menyusu

Artikel Lain