Gadis gantung diri selepas temui imej pornografi kanak-kanak dalam telefon kekasih

Mendiang Lydia Roberts. Foto Lydia Roberts/Cavendish Press

SEORANG wanita yang merupakan pembantu kedai menggantung dirinya selepas menemui imej pornografi kanak-kanak di dalam telefon milik teman lelakinya.

Keluarga ibu berusia 21 tahun itu dikatakan masih menderita sementara lelaki berkenaan meneruskan kehidupannya.

Lydia Roberts, 21, menemui bahan yang tidak senonoh daripada satu laman web Rusia dalam telefon milik ahli perniagaan, Adam Wells, 27.

Ketika kejadian pada 9 Jun 2017, telefon tersebut ditinggalkan di rumah mereka.

Lydia ditemui mati oleh Adam pada keesokan paginya sekembalinya dia ke rumah.

Pengarah syarikat yang mengusahakan produk kecantikan itu dihadapkan ke mahkamah dan diperintahkan mendaftar sebagai Pendaftar Pesalah Seks selama lima tahun kerana memiliki imej lucah.

Bercakap kepada Mail Online, ibu mendiang Lydia, Michele berkata: "Adam dibenarkan meneruskan kehidupannya sementara kami di sini masih menderita.

"Dia telah mengubah namanya dan mendapat kerja baharu. Sebagai keluarga, kami berasa amat marah dengan apa yang berlaku," katanya.

Mendiang Lydia dan Adam menjalinkan hubungan selama dua tahun.

Tragedi berlaku pada 10 Jun 2017, selepas Lydia menemui bahan lucah tersebut selepas kekasihnya pergi bekerja. - Daily Mail

lucah, pornografi, gantung diri

Klik

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Artikel Lain