suria

7 ditahan sumbat dadah dalam kemaluan... bungkus dengan kondom, tuala wanita

Taktik sekumpulan wanita warga Thailand menyembunyikan dadah dalam kemaluan gagal selepas ditahan pasukan keselamatan di lapangan terbang. Foto Narcotics Control Board

SEKUMPULAN tujuh wanita ditahan oleh pegawai keselamatan lapangan terbang kerana didapati menyeludup dadah dengan menyumbatnya di dalam kemaluan.

Pelancong warga Thailand itu ditahan oleh pasukan keselamatan di Lapangan Terbang Fukuoka di Jepun selepas dikesan mencurigakan.

Pasukan keselamatan kemudian menemui bungkusan dadah seberat 1 kilogram dalam kemaluan setiap wanita.

Dadah itu dibungkus menggunakan kondom, tuala wanita dan plastik.

Ketika disoal siasat, kesemua wanita yang berusia antara 20 dan 50 tahun itu mengaku menyeludup dadah ke Jepun untuk dijual kepada warga asing yang menetap di negara matahari terbit itu.

Ketujuh-tujuh wanita itu merupakan antara 37 warga Thailand yang ditahan dalam 20 kes penyeludupan dadah secara berasingan di Jepun, pada tahun ini.

Kebanyakan mereka menjalankan operasi berkenaan dengan menjadi pelancong. - Daily Star

dadah, kondom, tuala wanita

Artikel Lain