Mayat budak 3 tahun ditemui di tapak pelupusan sampah selepas lebih seminggu diculik, suspek pernah didakwa miliki bahan pornografi kanak-kanak - Dunia | mStar

Mayat budak 3 tahun ditemui di tapak pelupusan sampah selepas lebih seminggu diculik, suspek pernah didakwa miliki bahan pornografi kanak-kanak

Mayat Kamille ditemui di tapak pelupusan sampah di Birmingham selepas hilang lebih seminggu ketika pesta ulang tahun. Foto:Dailymail

KEHILANGAN seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun, Kamille 'Cupcake' McKinney sejak 12 Oktober lalu akhirnya terjawab, selepas mayatnya ditemui di tapak pelupusan sampah di Birmingham, pada Selasa.

Ketua Polis bandar itu, Patrick Smith mengumumkan pada sidang akhbar bahawa mayat Kamille atau lebih dikenali sebagai ‘Cupcake’ oleh keluarganya, ditemui di dalam tong sampah yang dibawa ke tapak pelupusan.

Susulan kejadian itu, kata Smith, pihak polis sedang mendapatkan waran terhadap dua individu yang disyaki sebagai suspek utama dalam kes tersebut, iaitu Patrick Devone Stallworth, 39, dan teman wanitanya yang berusia 29 tahun, Derick Irisha Brown.

Pihak penyiasat berkata mereka mencurigai Stallworth dan Brown apabila Kamille, diculik daripada satu parti ulang tahun pada 12 Oktober lalu.

Kedua-dua suspek telah ditangkap pada minggu lalu atas tuduhan lain dan menamakan orang-orang yang berminat dalam kehilangan Kamille.

Patrick Devone Stallworth dan teman wanitanya Derick Irisha Brown ditahan susulan penemuan mayat Kamille.

Stallworth didakwa dengan tujuh tuduhan memiliki bahan pornografi kanak-kanak selepas penyiasat menemui banyak foto di telefonnya, namun tidak ada satu pun gambar milik Kamille.

Dia dibebaskan namun ditahan semula pada malam Selasa.

Brown pula didakwa melanggar syarat percubaan dari kes penculikan sebelumnya yang mana membabitkan anaknya sendiri.

Pada Jumaat, polis mengeluarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pada malam penculikan Kamille, yang menunjukkan dia bermain dengan anak lain di luar kawasan perumahan awam Tom Brown ketika dua lelaki mendekatinya.

Kira-kira setengah jam selepas video direkodkan, Kamille dilaporkan hilang daripada taman permainan loaksi pesta ulang tahun itu pada kira-kira jam 8.30 malam.

Suspek lelaki yang menculiknya dipercayai memandu sebuah SUV berwarna gelap – Dailymail

mayat , tapak pelupusan , pornografi

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

Artikel Lain

Ronaldo, Georgina berkahwin secara senyap?