suria

Ajaib, bayi dilahirkan lebih kecil daripada patung Barbie terus bertahan

Seorang bayi perempuan dilahirkan lebih kecil daripada patung Barbie. Foto Ebonie Bender

SEORANG bayi perempuan selamat dilahirkan meskipun bersaiz lebih kecil daripada patung Barbie kurang daripada 0.4 kilogram.

Berat Kallie Bender semasa dilahirkan hanyalah 0.36 kilogram, menyamai berat satu tin sup.

Malah, saiznya lebih kecil berbanding tapak tangan semasa dilahirkan pra-matang pada 25 minggu kandungan.

Badannya yang terlalu kecil itu juga membolehkan cincin kahwin bapanya dapat disarungkan pada tangannya.

Dia juga dilahirkan lebih rendah berbanding satu anak patung Barbie, dengan ukuran kira-kira 10 inci.

Cincin kahwin bapa Kallie boleh disarungkan pada tangan bayi itu. Foto Facebook / Ebonie Bender

Kallie yang merupakan salah seorang daripada bayi terkecil yang dilahirkan di Arizona, Amerika Syarikat menyaksikan keajaiban selepas doktor memberitahu ibu bapanya, Ebonie dan Demon bahawa kanak-kanak itu mungkin tidak dapat diselamatkan.

Pada usianya mencecah lima bulan, Kallie akhirnya dibenarkan keluar dari Pusat Kesihatan dan Perubatan St Joseph di Phoenix pada Isnin.

Berat Kallie kini kira-kira 3 kilogram selepas berada dalam wad penjagaan intensif untuk bayi (NICU) selama 21 minggu.

Sejak kelahirannya pada Mei lalu, Kallie menjalani beberapa rawatan termasuk pembedahan jantung. - Mirror 

Kallie Bender, Barbie

Artikel Lain