suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Seminggu berparti, ibu tinggalkan anak di rumah hingga meninggal kerana lapar

Maria Plenkina bersama anak perempuannya.

SEORANG ibu muda didakwa berparti selama seminggu dan meninggalkan anaknya kelaparan hingga meninggal dunia.

Maria Plenkina, 21, kini berdepan dakwaan bunuh atas perlakuan itu.

Dia dikatakan meninggalkan anak perempuan berusia tiga tahun di kediamannya di bandar Kirov, Rusia pada Februari lalu.

Kanak-kanak malang itu ditemui oleh neneknya sebelum dia menghubungi polis.

Pemeriksaan forensik mendapati dia meninggal dunia kerana kelaparan dan kekurangan air dalam badan.

Kata jiran pula, ia bukanlah kali pertama gadis itu meninggalkan anaknya bersendirian.

Dalam pada itu, tarikh perbicaraan ibu muda itu bagaimanapun belum ditetapkan lagi. - Daily Star.

Artikel Lain