suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gara-gara sedap tidur atas kerusi urut, lelaki terkunci dalam kedai

Gambar dari dalam gedung selepas seorang lelaki terkunci gara-gara tertidur atas kerusi urut. Foto twitter @_Arisa_1

SEORANG lelaki terpaksa menulis di Twitter untuk mendapatkan bantuan selepas terkunci di sebuah gedung, gara-gara tertidur di kerusi urut.

Dia terjaga di atas lantai selepas tertidur di sebuah gedung elektronik di Jepun.

Dikenali menerusi akaun Twitter @_Asphodelus, pelanggan yang tertidur itu terpaksa menulis di Twitter selepas menyedari terkunci dari dalam premis.

Memuat naik beberapa gambar bahagian dalam premis yang gelap dan senyi, ia menyebut: "Aduhai, saya terkunci dari dalam!"

Antara gambar menunjukkan penutup hadapan premis Ks yang jelas kelihatan ditutup.

Difahamkan lelaki tersebut membunyikan penggera untuk memberi isyarat kepada polis yang kemudian dapat berhubung dengan pengurus kedai.

Dia kemudian menulis di Twitter sekali lagi untuk memaklumkan akhirnya berjaya keluar selepas dicari 10 anggota polis yang mengesahkannnya bukan pencuri.

Pengurus kedai memohon maaf kepada lelaki itu di atas kegagalan pekerjanya untuk menyedari mangsa masih di kerusi urut semasa penutupan operasi. - The Independent


kerusi urut

Artikel Lain