suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penduduk panik, awan pelik terbentuk sepanjang laluan kereta api di Texas

Pembentukan awan itu di sepanjang laluan kereta api.

FENOMENA pembentukan awan pelik di bandar Angleton, Texas ternyata menimbulkan rasa panik dan aneh dalam kalangan penduduk.

Menerusi rakaman yang tersebar, kelihatan gulungan awan panjang gergasi sepanjang laluan kereta api.

Seorang individu, Matthew Marley mendakwa rakaman berkenaan merupakan miliknya.

Tambahnya, ia dirakam pada Julai lalu namun baru menjadi tular apabila dimuat naik semula oleh saluran teori konspirasi.

Video itu turut menerima pelbagai komen termasuklah yang menyifatkan ia sebagai petanda dari tuhan.

Fenomena itu juga pernah berlaku di Rio De Janeiro, Brazil pada bulan lalu. - Daily Star.

Artikel Lain