suria

Gadis hantar swafoto, teman lelaki terkejut lihat kelibat misteri di belakang

Foto ini menjadi tular selepas ia dimuat naik ke internet.

SEORANG lelaki mengakui terkejut apabila melihat kelibat misteri dalam swafoto yang dihantar teman wanitanya.

Menerusi rakaman itu, kelihatan kelibat berkenaan berpakaian putih, memiliki rambut panjang dan berdiri di laluan pintu bilik gadis itu.

Ia dimuat naik ke laman Reddit sebelum menjadi tular dan dihujani pelbagai reaksi.

"Kekasih saya hantar Snapchat ini dan sesuatu di belakangnya menarik mata saya.

"Secara peribadi saya tak begitu percaya paranormal, tapi sukar untuk saya nafikan bagaimana ia kelihatan," tulis lelaki itu.

Selain andaian mengenai hantu, ada yang membuat spekulasi bahawa gadis itu sedang curang.

"Saya pasti ada penjelasan, tapi ia kelihatan seperti manusia.

"Ia kelihatan seperti perempuan berambut hitam panjang, memakai jaket," tulis beberapa pelayar Reddit.

Malah, ada yang mendakwa ia merupakan pakaian yang sedang digantung di pintu. - Daily Star.

kelibat misteri, swafoto, Snapchat, Reddit

Artikel Lain